Perbezaan di antara SAHAM & FCPO (Siri Jurnul Pertama)
Apakah itu saham dan apakah pula FCPO atau pasaran hadapan sawit?
Ramai yg bertanya kepada saya apakah beza antara dua instrument pelaburan ini dan pada hari ini saya akan menjelaskan di dalam siri jurnul saya apa beza diantara keduanya.
Pertama sekali saya kenalkan diri saya yang telah diberi nama adalah Ahmad Faridzul Bin Babu dan lebih dikenali dengan panggilan ‘Abah Furqan’ di dalam industri dunia pelaburan. Saya merupakan seorang (Dual Licensed) Remisier saham dan juga Future Broker Representative (FBR) yg berlesen dari Bursa Malaysia dan juga Securities Commission (SC). Saya baru sahaja mempunyai pengalaman selama 7 tahun dan saya remisier yang mewakili broker yang memenangi anugerah dua tahun berturut-turut sebagai broker runcit terbaik (Retail Broker) iaitu RHB Investment dan pejabat saya di Cawangan USJ Taipan, Subang Jaya.
1. Apa itu pasaran saham (satu hala) dan apa itu pasaran FCPO (dua hala)
Perbezaan pertama yang paling besar adalah Jenis pasaran itu sendiri. Sebagaimana sebahagian besar pelabur maklum bahawa pasaran saham di Bursa Malaysia adalah pasaran satu hala di mana (“we buy low and sell high or buy high and sell higher”). Ini bermakna pasaran saham di Bursa Malaysia hanya mempunyai satu hala atau satu arah, para pelabur perlulah membeli terlebih dahulu dan menjual kemudian. Sekiranya pelabur menjual dahulu saham tanpa pemilikan sesuatu saham itu. Pelabur tersebut akan didenda. Perkara ini jarang berlaku pada masa kini kerana (online trading system) yang digunakan broker bank akan menolak(reject) order anda sekiranya anda menjual saham yang tiada dalam pegangan anda.
Berbeza pula dengan pasaran hadapan sawit atau FCPO, ianya merupakan pasaran dua hala di mana para pelabur atau (trader) boleh menjual terlebih dahulu sekiranya harga tinggi dan membeli kemudian setelah harga rendah atau jatuh. Ini memberikan kelebihan pada para trader untuk membuat keuntungan di kala pasaran menaik (BULLISH) atau pasaran menurun (BEARISH).
Oleh itu, alasan keadaan pasaran dalam keadaan menurun (Bearish) susah untuk mendapat keuntungan oleh pelabur saham pula tiada kesan kepada pedagang pasaran dua hala FCPO kerana para trader boleh membuat posisi (buy low and sell high) ataupun (buy high dan sell higher) jika pasaran menaik (Bullish) manakala boleh juga membuat posisi (sell high dan buy low) ataupun (sell low dan buy lower) di dalam pasaran menurun (Bearish)
Jika kita lihat antara dua perbezaan ini, jelas pasaran hadapan sawit memberikan kelebihan dari segi peluang dagangan (trading opportunity) tanpa mengira keadaan pasaran naik atau turun.
Sebelum menjelaskan perbezaan saham dengan FCPO dengan lebih jauh, saya ingin menyentuh sedikit tentang syariah status yang selalu menjadi persoalan kepada ramai pedagang atau perlabur baru yang ingin menceburi dagangan FCPO
Terdapat juga beberapa orang yang bertanya tentang bagaimana dengan FCPO kita boleh menjual dahulu sesuatu yang belum kita miliki? Bahagian ini telah dijelaskan oleh panel syariah
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sendiri dan status melabur FCPO adalah Patut Syariah
Pelaburan FCPO disahkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai produk pelaburan yang mematuhi syariah.
boleh rujuk website Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di
(sila rujuk mukasurat 84 sehingga 88)
P/S : pada sesiapa yang tidak berjaya membuka pautan (link) tersebut boleh PM atau email kepada saya di ahmad.faridzul.babu@gmail.com dan saya akan email file info berkenaan kepada anda.
2. Dimanakah Saham Ekuiti dan FCPO ini diniagakan?
Jangan risau kerana ini bukan skim cepat kaya Pak Man Telo, kerana kedua-dua saham dan FCPO ini diniagakan di Bursa Malaysia cuma FCPO diniagakan di bawah Bursa Malaysia Derivatives (BMD) iaitu anak syarikat (subsidiaries) of Bursa Malaysia Berhad di mana Bursa Malaysia memegang 75% pegangan saham BMD manakala 25% lagi dipegang oleh Chicago Mercantile Exchange (CME) yg merupakan strategic bisnes partner Bursa.
Kelibihan melalui strategic partner ini ialah produk FCPO boleh ditawarkan untuk di dagangkan melalui CME direct market acess (DMA), dengan kata lain online access kepada pelabur luar menjadi lebih mudah dan secara tidak langsung mewujudkan implikasi yg besar terhadap pasaran sawit sehingga komoditi sawit di Bursa ini menjadi kayu pengukur untuk pasaran komoditi sawit dunia.
Melalui kerjasama ini juga mewujudkan dan membuka lebih banyak peluang lain sebagai contoh direct market access (DMA) ini dibuka kepada broker broker Malaysia bagi membolehkan para pelabur di Malaysia berdagang secara online produk produk komoditi yang lain seperti minyak mentah (Crude Oil), Minyak soya (soybean oil), Gas Asli (Natural Gas), Tembaga (Copper) dan lain lain lagi. Ini memberikan kelebihan kepada pelabur untuk berdagang produk komoditi antarabangsa yang lain.
Selain dari saham dan pasaran hadapan tempatan seperti FCPO, broker yang saya wakili juga ada menawarkan pelaburan komoditi asing secara online atau (Foreign Futures) ini untuk para pelabur Malaysia yang berminat.
Pada yang berminat bolehlah menghubungi saya untuk membuka akaun trading dan pada yang ingin belajar cara-cara trading yang ternyata terbukti keberkesanannya pula bolehlah mengubungi admin Team WR Komoditi atau pengasas WR sendiri iaitu Tuan Wafi Azian
3. Bilakah saham di Bursa Malaysia dan FCPO ini pertama kali diniagakan?
Bab ini saya tidak mahu bercerita panjang cukup hanya saham diniaga kan semenjak 1960 dan FCPO pula sejak 1980 dan anda boleh mengkaji sejarah perkembangan ini di laman web Bursa Malaysia di ;-
4. Mengapakah FCPO lebih menarik perhatian dan lebih disukai oleh para pedagang sebagai medan dagangan utama berbanding saham?
Selain daripada jenis pasaran dua hala, FCPO lebih menarik kerana permulaan modal atau (initial capital) yang rendah.
Modal Perdagangan jual beli saham sebenarnya bergantung terhadap harga kaunter/saham dan juga berapa banyak unit yg ingin dibeli. Sebagai contoh saham A bernilai RM3.50 dan anda membeli sebanyak 5000 unit jadi modal anda untuk saham A ini adalah RM17,500. Anda juga boleh membeli saham yang lebih murah dan menambah kuantiti belian, tetapi perlu diingatkn saham terlalu murah agak berisiko tinggi.
Keuntungan saham terdiri daripada dua bahagian iaitu (Capital Gain) atau maksudnya saham yang anda beli telah naik harganya dan juga (Dividend) Saham yang anda beli. Perlu diingatkan disini bahawa bukan semua saham memberikan dividend. Anda perlu mengkaji dividend polisi setiap syarikat saham mengenai cara pengagihan keuntungan syarikat kepada para pelabur atau pemegang saham.
Saham mempunyai sebanyak 922 kaunter dimana 811 kaunter disenaraikan di bawah pasaran Utama (listed under main market) manakala sebanyak 111 kaunter disenaraikan di bawah pasaran Ace (listed under Ace market). Menjadi pelabur atau pedagang saham, anda perlulah membuat pemilihan kaunter yang tepat dan perlu diingatkan bahawa terdapat faktor kekurangan (liquidity) atau kecairan jumlah dagangan (volume) yang perlu anda ambil kira.
Berdagang dengan FCPO pula menggunakan margin yang telah ditetapkan oleh Bursa Malaysia (berubah ubah mengikut keperluan semasa) serendah RM5000 per lot atau RM2500 per lot untuk dagangan harian (intraday), Walaubagaimanapun, saranan margin ini sebaiknya digunakan oleh para pedagang yang sudah mempunyai pengalaman atau mencapai tahap (level) professional manakala margin yang sesuai untuk (newbie) atau pelabur yang baru ingin berjinak dengan FCPO sebaiknya adalah RM10, 000 per lot. Mengapa saya sarankan begini kerana ini ada kena mengena dengan pengawalan risiko (risk) atau pengurusan kewangan dagangan (money management) di dalam berdagang yang akan saya terangkan di dalam siri jurnal saya yang akan datang.
Keuntungan FCPO pula adalah di antara perbezaan mata diantara belian dan jualan (buy dan sell) atau jualan dan belian (sell dan buy) dimana setiap mata bernilai RM25 dan sekiranya kita mendapat 20 mata , maka keuntungan adalah sebanyak RM500 (perlu diingatkan pergerakan biasa harian FCPO adalah diantara 20-50 mata dan ada masa yang mencapai sehingga 100 mata pergerakan didalam sehari.
Tiada pemilihan didalam perdagangan FCPO dan anda fokus kepada satu dagangan produk sahaja dan FCPO tiada masalah faktor kecairan kerana FCPO sentiasa ada volume di kontrak bulan ketiga iaitu bulan spekulator atau pedagang aktif membuat dagangan.
5. Bagaimanakah cara-cara untuk berdagang saham dan FCPO?
Untuk Saham
1. Hubungi saya atau mana-mana dealer atau remisier Investment Bank yang berdaftar dengan Bursa Malaysia
2. Buka CDS akaun dan trading akaun (RM10.60 sahaja)
3. Belajar selok-belok saham (boleh belajar sendiri atau hubungi team WR Saham)
4. Deposit modal
5. Bermula beli jual saham dengan platform online yang disediakan oleh broker saham.
Senario A --> saham yang di beli naik --> anda jual dapat untung --> ulang beli saham lain yang ada potensi.
Senario B --> saham yang di beli jatuh --> anda cut loss to protect capital --> ulang beli saham lain yang ada potensi.
Senario C --> saham yang di beli naik atau jatuh --> anda tetap pegang (hold) dan simpan kerana ingin dapatkan dividend dan percaya kepada jangka panjang business saham yang anda beli --> tetapi pastikan saham tersebut sememangnya memberikan dividend (lah ya baru berbaloi dengan pelaburan masa yang anda tunggu).
Untuk FCPO
1. Hubungi saya atau mana-mana FBR Investment Bank yang berdaftar dengan Bursa Malaysia Derivatives.
2. Buka futures trading akaun secara percuma untuk membolehkan anda berdagang FCPO dan juga produk komoditi asing seperti minyak mentah (Crude Oil), Minyak soya (soybean oil), Gas Asli (Natural Gas), Tembaga (Copper) dan lain lain lagi
3. Belajar selok-belok FCPO (boleh belajar sendiri atau hubungi team WR Komoditi)
4. Deposit modal
5. Belajar menggunakan platform (boleh belajar sendiri atau belajar dengan saya)
P/S InsyaAllah saya akan keluarkan siri jurnul cara penggunaan platform beserta jenis-jenis order tetapi khas untuk student WR dan limited kepada client saya sahaja.
6. bermula jual beli komoditi dengan platform online yang disediakan.
Senario A --> anda beli atau LONG FCPO --> harga naik dan anda jual atau SHORT FCPO untuk tutup position --> anda untung --> ulang sekiranya ada signal atau entry yang lain
Senario B --> anda jual atau SHORT FCPO --> harga turun dan anda beli atau LONG FCPO untuk tutup position --> anda untung --> ulang perkara sama sekiranya ada signal atau entry yang lain
* --> jika sebaliknya yang berlaku anda akan berada dalam posisi rugi --> Cut loss to protect capital --> pastikan anda belajar pengurusan risiko (risk management) kerana ini adalah survival kit anda
* --> jangan sesekali berdagang FCPO tanpa mengunakan STOP LOSS.
6.Siapakah yang melabur atau berdagang saham dan FCPO?
Terdapat 3 kategori jenis pelabur yang berdagang saham yang pertama adalah (Retailer) iaitu pelabur-pelabur kecil atau runcit seperti saya dan anda.
Jenis yang kedua adalah pelabur institusi tempatan iaitu terdiri daripada dana pelabur awam yang besar seperti Employees Provident Fund (EPF), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Kumpulan Wang Pesaraan (KWAP), Lembaga Tabung Haji (LTH), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan lain-lain lagi.
Pelabur kategori ketiga terdiri daripada Dana asing atau foreign funds seperti JP Morgan, Aberdeen Asset Management, Allianz Global Investors, BNP Paribas, Deutsche Asset, Eastspring, UBS, UOB dan lain-lain lagi.
Terdapat 4 jenis kategori pelabur yang berdagang dalam FCPO dan yang pertama adalah speculator atau trader yang terdiri daripada kebanyakan orang seperti saya dan anda sebagai contoh transaksi speculator adalah;-
Merujuk kepada pengeluaran buah sawit yang tinggi tahun ini, En. Furqan menjangkakan harga FCPO akan jatuh. Untuk memperoleh keuntungan daripada pasaran menurun, beliau boleh menggunakan kontrak Niaga Hadapan FCPO dengan cara berikut:
Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) didagangkan pada RM2,360
Senario: FCPO dijangka JATUH
Langkah 1: Jual satu kontrak FCPO pada RM2,360
Dengan andaian FCPO menurun ke RM2,340
Langkah 2: Beli satu kontrak FCPO pada RM2,340
Untung kasar FCPO: RM500 (RM 25 x 20)
Beliau juga boleh menggunakan strategi yang sama (jualan singkat) untukmana-mana petunjuk lain semasa pasaran menurun.
Jenis pelabur FCPO yang kedua adalah Hedger/ pelabur institusi seperti FGV, IOI, SIME Darby dan lain-lain termasuk syarikat2 kecil yang mempunyai ladang sawit atau kilang penapis minyak.
Kategori pelabur ini adalah meggunakan pasaran hadapan untuk mengalihkan risiko atau tujuan utama adalah untuk meminimumkan pendedahan risiko kenaikan atau penurunan harga pasaran sawit fizikal.
Jenis pelabur yang ketiga adalah Arbitrager iaitu pelabur yang ambil kesempatan di masa ketidakcekapan harga dan membuat perdagangan imbangan/serentak untuk mengimbangi antara satu sama lain beserta tiada risiko sebagai contoh;-
En. Faqeed melihat korelasi harga minyak sawit fizikal dan pasaran FCPO telah melencong daripada spread biasanya, dan FCPO didagangkan pada premium kepada pasaran fizikal. Ia memutuskan untuk menjual FCPO dan membeli minyak sawit fizikal untuk mengarbitraj. Kedudukan dan akan dicairkan kemudian apabila spread harga antara kedua-dua pasaran kembali normal.
Jenis Pelabur keempat dan terakhir pula adalah Local Participant (LP) dimana saya akan jelaskan dengan terperinci apa kelebihan LP di dalam siri-siri Jurnul yang akan datang. Diharap bersabar ya.
Akhir kata dari saya, setelah saya nyatakan serba sedikit perbezaan antara saham dan FCPO terpulang kepada diri anda dan masing-masing untuk menilai dengan mengikut kesesuaian dan keselesaan anda. Saya hanya mampu berkongsi pengalaman saya, seterusnya terpulang pada anda untuk meneroka lebih dalam. Sekian dari saya buat masa ini dan jika ada persoalan bolehlah PM atau menghubungi saya melalui whatsapps/telegram/sms/call saya di 019-3595634 atau email saya di ahmad.faridzul.babu.rm@rhbgroup.com atau ahmad.faridzul.babu@gmail.com
Terima Kasih kepada semua pembaca,
Disediakan oleh ;
Ahmad Faridzul Bin Babu @ Abah Furqan
Remisier
Dual Licensed Dealer’s Representative
Retail Equities Broking
Futures & Commodities
D/L: 03 80236580
H/P 019-3595634
FAX: 03 80236792
Email: ahmad.faridzul.babu.rm@rhbgroup.com
P.Email : ahmad.faridzul.babu@gmail.com
Financial Portal: https://www.facebook.com/abahfurqanofficial/
Comments
Post a Comment